Khamis, 30 April 2009

Tataplah Sebuah Belitan

Hari ini adalah suatu kemeriahan dalam sebuah era perubahan konservatif berjiwakan mengiyakan segala kemaslahatan dunia. Hari ini juga adalah sebuah tanda 'peteh'(rujuk kamus terengganu), organisasi yang selalunya tidak akan tetap dengan prinsip asal yang dijanjikan pada umum. Hari ini juga seorang manusia tampil lalu mendedahkan sebuah keprooan memuncak terhadap organisasi seraya menidakkan sebuah pembetulan yang lahir dari hati ikhlas 'Rerama Merah' yang ingin melihat bumi ini mekar dengan keadilan dan layunya kekorupan. Rerama ingin menukilkan segala bentuk dilema yang telah terjadi dengan sebuah sajak yang tiba-tiba muncul sejak hari ini bermula. jadi, sebelum hari ini berakhir, biarlah 'Rerama Merah' berkarya. Yang sudi nak dengar, silakan. Yang panas bila mendengar, nantikan susulan.

Bismillahirrahmanirrahim...

Bila disentuh kelkatu,
Murung menjelma dimuka derita sang kelkatu,
Lalu kelkatu melihat c
ahaya yang disogokkan diakhir sesi,
Kelkatu mula menu
njukkan lahapnya,
Ditanya dan ditanya kelkatu pa
da rerama,
Genap seribu.. Rerama ketawa,
Kelkatu sudah hilang dari cahaya,
Kerana leka sayapnya akan patah bila dise
ntuh dan dijawab oleh rerama.

Haaa... kelkatu yang tiada sayap mula merangkak,
Ingatkan si Rerama, insaflah sudah kelkatu bila sudah ada di bawah,

Malang tidak pernah menjauh darinya tatkala mengkritik rerama dari bawah,
Segala kritikan yang hanya lahir dari nurani emosi dan dendam lama,
Memanggil manusia yang nampak betapa hodohnya kelkatu yang berada di bawah,
Di pijaknya kelkatu, dilenyeknya kelkatu, digilisnya k
elkatu...
Rerama simpati melihat nasib kelkatu,

Namun... Kelkatu hanya kelkatu,
Datang ketika cerah dan menutup kecerahan dengan puak-puaknya,
Persoalan buat rerama dan semua yang membaca,
siapakah, apakah, dan dimanakah kelkatu ini...

Kepada semua yang suka pada kuasa, kelkatulah mungkin nasib anda semua..
Berdasarkan nasib yang berlaku di sebuah institusi terkemuka dan berlaku pada kawan rerama sendiri.. insaplah kelkatu sekalian..

kalau kelkatu nak komen rerama, komenlah.. tapi rerama akan tentang kerana selagi merah yang ada pada nama rerama, selagi itulah rerama tentang habis-habisan.
Good luck kepada kelkatu sekalian..

Rerama Vs Kelkatu...................



Yang pasti bagi semua............. diri ini hanyalah reformis global pendukung wadah keadilan sejagat....... takkan ku bodek mereka yang sama sepertiku, .....................